PENDAFTARAN 2017

Selamat datang dan selamat mendaftar ........
Kami warga SEMESTA mengalu-alukan kedatangan anda untuk bersama mencipta kecemerlangan.

Pendaftaran pelajar tingkatan 1, Peralihan dan Pendidikan  Khas .... (30.12.2017)
Tempat:  Foyer A
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Catatan:
1.  Rujuk papan kenyataan untuk kedudukan kelas dan ambil nombor.
2.  Terus ke Foyer untuk mendengar taklimat dan amanat pengetua.
3.  Pendaftar di kaunter yang telah disediakan di Foyer B.

Pendaftaran pelajar tingkatan 2, 3, 4,5 (29.12.2017)

** Ibu bapa boleh membeli kelengkapan persekolahan anak di koperasi sekolah.....

Taklimat dan pesanan pengetua

Pendaftaran mengikut kelas

Guru kelas sedia membantu...

PENGUMUMAN PT3 2016




Pengumuman PT3 telah diadakan di Dewan SMK Seri Tangkak oleh pengetua sekolah, Tn. Hj Syed Yusof bin Syed Omar.........TAHNIAH...... diucapkan kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang.  Bagi yang kurang berjaya teruskan usaha anda.  Tuan pengetua berharap agar keputusan tahun hadapan dapat ditingkatkan lagi.  Semoga sama-sama dapat menggembeleng tenaga supaya lebih cemerlang.

Ucapan Pengetua



Bersama guru dan pengetua

Low Ji Min (10 A)

Nurul Suraya 7A
Fifi Najwa 6A

Puteri Alweena (6A)

Muhammad Hairul (6A)


Pelajar mengambil keputusan

Guru kelas mengedarkan sijil







PEPERIKSAAN SPM 2016




Sila klik jadual

Selamat berjuang anak-anak didik SMK Seri Tangkak.  Semoga kejayaan milik anda.


PENTAKSIRAN PT3 2016


JADUAL PT3 2016







MAJLIS MOHON RESTU PT3 2016

Majlis mohon restu PT3 telah diadakan di foyer A.  Seramai 102 calon berkumpul untuk menapat restu dan amanat terakhir dari guru mata pelajaran, kaunselor dan ayahnda pengetua. Majlis telah diadakan pada hari Ahad (9/10/2016).

HARI SUKAN NEGARA

Sempena Hari sukan negara 2016, SMK seri Tangkak turut  sama melaksanakan pelbagai aktivit antaranya bola jaring, bola sepak, bola beracun,  bola keranjang.



















LAWATAN PENANDA ARAS SMK SERI TANGKAK KE SMK TAWAU DAN SMK KITINGAN, TAWAU, SABAH.


Pada 30.9.2016 hingga 2.10 2016, guru serta kakitangan sekolah telah berangkat dan mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Tawau dan SMK Kitingan.  Semoga selamat pergi dan selamat pulang.

Bergambar bersama pengetua dan guru SMK Tawau


Warga SEMESTA yang terlibat

Doa selamat sebelum berangkat
Bersama pengetua SMK Tawau Datin Fitriani






PERCUBAAN SPM DAN PT3

Pelajar tingatan 3 dan 5 sedang manjalani peperiksaan percubaan.  Semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama serta sokongan moral kepada anak-anak SEMESTA.  Berikut adalah jadual peperiksaan Percubaan;


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2016


Pada 3.8.2016, Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah berlangsung.  Majlis dirasmikan oleh yang dihormati Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua SMK Seri Tangkak.  Majlis di meriahkan dengan persembahan sajak oleh pelajar dan gimik perasmian.  Sempena bulan kemerdekaan ini juga pelbagai aktiviti telah dirancang oleh jawatan kuasa yang diselaraskan oleh En. Utaman a/l Raman.
Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh jawatankuasa program bulan kemerdekaan. Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah pelancaram, sukan rakyat, nyanyian lagu jalur kemerdeaan, ceramah Jabatan Penerangan, anyaman ketupat serta sukan dan permainan rakyat.  

PELANCARAN OLEH PENGETUA

MENERBANGKAN BURUNG SEBAGAI SIMBOLIK

PERSEMBAHAN PELAJAR


PERSEMBAHAN PELAJAR

NYANYIAN LAGU JALUR GEMILANG

SUKAN RAKYAT

SUKAN RAKYAT

ANYAMAN KETUPAT REBEN

DAM HAJI

BOLA TAMPAR

BATU SEREMBAN

CEERAMAH JABATAN PENERANGAN

AKTIVITI PUZZLE
TERIMA KASIH MALAYSIA..... KAMI BANGGA MENJADI  ANAK MERDEKA

Smart School Qualification Standards (SSQS) 2016

  • Maklumat Lanjut tentang SSQS:SSQS (Smart School Qualification Standards) atau Penarafan Tahap Bestari Sekolah adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah.

  • Token (password individu ke laman SSQS KPM) akan diberikan kepada penyelaras SSQS sekolah oleh PKG dan pengagihan token dilakukan mengikut bilangan responden (pentadbir, guru dan murid) yang telah ditentukan untuk setiap sekolah mengikut jenis sekolah (SKM/Bukan SKM).

  • Setiap responden perlu mengakses laman SSQS KPM mengikut negeri dengan token masing-masing dan menjawab instrumen penarafan SSQS yang diberi.

  • Dokumen maklum balas yang telah diisi akan dikumpul oleh penyelaras SSQS sekolah sebagai dokumentasi.

  • Tarikh pengisian SSQS adalah daripada 15 Julai hingga 30 Ogos ini.

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman Ujian Lisan Bertutur Bahasa Melayu bermula dari 1 hingga 30 Ogos 2016. Diharapkan calon dapat sedia untuk ujian tersebut. Jadual telah diedarkan oleh setiausaha peperiksaan PT3, semoga calon dapat mengikuit syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.


jadual waktu PT3 2016-1

HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) FOR SMK SERI TANGKAK


The Highly Immersive Programme (HIP) is a programme introduced under the MBMMBI policy that will improve the English proficiency of students through increased exposure in schools. It is a reinforcement of the 1999 MOE circular on implementing English enrichment activities in and out of class. It also aims to inculcate positive behaviours towards the learning and usage of the English Language.

It is a reinforcement of the 1999 MOE circular on implementing English enrichment activities in and out of class. What is different is the way we are implementing HIP. The approach is to empower schools, by the schools and for the schools. Schools will be provided with a toolkit so that they will be guided for a more purposeful planning of activities, based on their local context and capabilities. The toolkit will contain examples of best practices from schools that have implemented English enrichment activities in and out of class successfully.There will be a support mechanism to encourage schools to share, learn and encourage each other on the implementation of English enrichment activities.

CLICK....
HIP1
HIP2
HIP3

HARI TERBUKA DAN HARI KANTIN

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tangkak akan mengadakan hari terbuka dan hari kantin pada tarikh dan ketetapan seperti berikut:

  • Tarikh :  14. 7 .2016
  • Hari    :   Khamis
  • Masa   : 8 pagi hingga 1.00 petang

  • Sehubungan itu, pihak sekolah telah berbesar hati menjemput semua warga SEMESTA dan Ibu bapa untuk sama-sama menghadirkan diri dan menjayakan program ini.  Perbincangan prestasi pelajar bersama guru kelas dan guru mata pelajaran akan diadakan pada hari ini.
  • Disamping itu, ada juga gerai jualan dan jualan kupon sempena hari kantin. Setiap pelajar dibekalkan kupon melalui guru tingkatan dan bayaran kupon perlu diserahkan kepada guru tingkatan.  setiap gerai akan menjual makanan dan minuman yang berbeza.




Sempena bulan yang mulia ini pihak sekolah telah bekerjasama dengan PIBG untuk membuat sambutan Hari Raya peringkat sekolah, marhaban ke rumah pelajar di kawasan Bandar Baru Tangkak dan Kelab Guru dan Kakitangan juga ada menganjurkan marhaban ke rumah-rumah guru.  Aktiviti bertujuan menjalinkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

PENTAKSIRAN PELBAGAI INSTRUMENT PT3 SEJARAH

Semua calon sekolah tingkatan 3 sedang dalam proses menyiapkan tugasan kajian lapangan dan penulisan laporan mata pelajaran sejarah bermula 19.6.2016 hingga 1.7.2016. Lembaga Peperiksaan menggunakan instrumen pentaksiran yang standard bagi mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai menyeluruh. Selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat.


Tugasan:

Anda dikehendki membuat kajian tentang bangunan/binaan bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.  Laporan anda hendaklah mengandungi aspek berikut.

a) Tajuk
b) Nama Penulis
c) Isi kandungan
       -latar belakang bangunan/binaa.
       -menerangkan struktur bangunan/binaan.
       -menghuraian sebab  bangunan/binaan tersebut dibina.
       -menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pda masa ini.
       -mencadangkan langkah-langkah untuk memelihara /memulihara bagunan/binaan.

d)  Rumusan
e)  Sumber rujukan.



catatan;  **sebelum membuat laporan, calon dikehendaki mengumpulkan pelbagai sumber maklumat dan membuat kajian bangunan bersejarah yang hendak dikaji.  Proses awal dan cara melaksanakan tugasan terdapat dalam kertas tugasan calon sejarah (21) PT3.



PELANCARAN BULAN BAHASA

Pelancaran Bulan Bahasa telah berlangsung pada 15.6.2016 bertempat di foyer A.  Majlis ini telah dirasmikan oleh tn hj Syed Yusof bin Syed Omar.  majlis dimulakan dengan gimik pelancaran, ucapan daripada penyelaras program dan ucapan perasmian.  Program ini adalah dibawah kelolaan Cik Hemalathaa a/p Patcakhily selaku Guru Bidang Bahasa dan di bantu oleh semua guru bahasa.

KELAS TAMBAHAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Untuk pengetahuan semua, semasa cuti sekolah (27.5.2016 hingga 11.6.2016), kelas tambahan akan diadakan bagi pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.  Kelas akan diadakan seperti ketetapan berikut:

MASA: 7.30 - 12.30
TARIKH: 27- 29.5.2016 
TEMPAT: KELAS


Jadual

Surat pemberitahuan



PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016





SILA RUJUK JADUAL PEPERIKSAAN DI SINI




KURSUS KEPIMPINAN

Kursus Kepimpinan pemimpin sekolah akan diadakan di Kem Lagenda Gunung Ledang pada 4-5 Mei 2016. Kursus ini merupakan kemunccak kepada kursus kepimpinan yang di adakan pada peringkat dalaman. Antara pelajar yang terplih ialah 20 orang pengawas, 10 orang ahli pusat sumber dan 10 orang pembimbing rakan sebaya.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH

Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah akan berlangsung pada hari RABU 4 MEI 2016. Semua badan beruniform akan menghantar wakil menyertai pertandingan kawad kaki.

PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH...

Pelancaran kempen anti dadah telah berlangsung pada hari Isnin, 2 Mei 2016.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu bangsa Johor dan lagu sekolah.  Seterusnya ucapan oleh Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua SMK Seri Tangkak, dan bacaan perutusan sempena kempen anti dadah.  Majlis telah dirasmikan oleh Sarjan Yusrie Michael bin Abdullah, pegawai polis bahagian nakotik IPD Tangkak. Acara seterusnya iala bacaan ikrar anti dadah, nyanyian lagu anti dadah dan nyanyian lagu sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena minggu anti dadah peringkat sekolah, antaranya ceramah kesihatan (AIDS/HIV) oleh pegawai kesihatan, ceramah dari AADK, ceramah oleh PENGASIH, ceramah oleh pegawai penjara dan ceramah oleh pusat serenti.

KEJAYAAN LAGI......

Pelajar pendidikan Khas, Muhd zahidi telah berjaya merangkul hadiah tempat pertama dan kedua dalam acara MSSJ Pendidikan Khas.  Kejayaan ini telah melayakkan zahidi untuk mewakili Johor dalam MSSM.

TAHNIAH, diucapakn!. hadiah telah disampaikan oleh Tn Hj Ithnin bin Yusof, GPK kurikulum, semasa perhimpunan mingguan.

Sementara itu dalam pertadingan kuiz Bahasa Cina, wakil sekolah kami iaitu Low Ji Yi telah meraih tempat  kedua. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada peserta.


UPKK 2

Ujian Penilaian Kurikulum akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh:  24 - 26 April 2016

Hari :  Ahad - Selasa

selamat maju jaya kepada semua.

*Dapatkan jadual PK2 di sini*

TAHNIAH ....TAHNIAH.... TAHNIAH

Minggu Bahasa Inggeris peringat daerah Tangkak telah diadaan dibeberapa lokasi seluruh daerah. sekolah kami telah menyertai pertandingan koir, scrable dan perbahasan bahasa Inggeris.

TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta yang mewkili sekolah. Wakil sekolah telah berjaya merangkul :
                            2nd runner scrable
                            3rd prisze debate

Wakil sekolah yang terlibat ialah Vilashini, Low Ji Yie, Mohd Hanif, Umairah dan Loges. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing yang terlibat Pn Vimala Nathan, Pn Sankalah  Sundararaju, Pn Malathy, Pn Fatin Amalina.

Peserta scrable bersama guru pembimbing dan pengiring

Peserta 'debate' bersama guru pembimbing

Peserta debate dan barisan pelapis