PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH...

Pelancaran kempen anti dadah telah berlangsung pada hari Isnin, 2 Mei 2016.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu bangsa Johor dan lagu sekolah.  Seterusnya ucapan oleh Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua SMK Seri Tangkak, dan bacaan perutusan sempena kempen anti dadah.  Majlis telah dirasmikan oleh Sarjan Yusrie Michael bin Abdullah, pegawai polis bahagian nakotik IPD Tangkak. Acara seterusnya iala bacaan ikrar anti dadah, nyanyian lagu anti dadah dan nyanyian lagu sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena minggu anti dadah peringkat sekolah, antaranya ceramah kesihatan (AIDS/HIV) oleh pegawai kesihatan, ceramah dari AADK, ceramah oleh PENGASIH, ceramah oleh pegawai penjara dan ceramah oleh pusat serenti.