Sempena bulan yang mulia ini pihak sekolah telah bekerjasama dengan PIBG untuk membuat sambutan Hari Raya peringkat sekolah, marhaban ke rumah pelajar di kawasan Bandar Baru Tangkak dan Kelab Guru dan Kakitangan juga ada menganjurkan marhaban ke rumah-rumah guru.  Aktiviti bertujuan menjalinkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.