HARI TERBUKA DAN HARI KANTIN

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tangkak akan mengadakan hari terbuka dan hari kantin pada tarikh dan ketetapan seperti berikut:

  • Tarikh :  14. 7 .2016
  • Hari    :   Khamis
  • Masa   : 8 pagi hingga 1.00 petang

  • Sehubungan itu, pihak sekolah telah berbesar hati menjemput semua warga SEMESTA dan Ibu bapa untuk sama-sama menghadirkan diri dan menjayakan program ini.  Perbincangan prestasi pelajar bersama guru kelas dan guru mata pelajaran akan diadakan pada hari ini.
  • Disamping itu, ada juga gerai jualan dan jualan kupon sempena hari kantin. Setiap pelajar dibekalkan kupon melalui guru tingkatan dan bayaran kupon perlu diserahkan kepada guru tingkatan.  setiap gerai akan menjual makanan dan minuman yang berbeza.