Smart School Qualification Standards (SSQS) 2016

  • Maklumat Lanjut tentang SSQS:SSQS (Smart School Qualification Standards) atau Penarafan Tahap Bestari Sekolah adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah.

  • Token (password individu ke laman SSQS KPM) akan diberikan kepada penyelaras SSQS sekolah oleh PKG dan pengagihan token dilakukan mengikut bilangan responden (pentadbir, guru dan murid) yang telah ditentukan untuk setiap sekolah mengikut jenis sekolah (SKM/Bukan SKM).

  • Setiap responden perlu mengakses laman SSQS KPM mengikut negeri dengan token masing-masing dan menjawab instrumen penarafan SSQS yang diberi.

  • Dokumen maklum balas yang telah diisi akan dikumpul oleh penyelaras SSQS sekolah sebagai dokumentasi.

  • Tarikh pengisian SSQS adalah daripada 15 Julai hingga 30 Ogos ini.