MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Minggu Teknik dan Vokasional telah dilancarkan pada 4.6.2016.  Majlis ini telah dirasmikan oleh yang berusaha Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua SMK Seri Tangkak.






Majlis ini dimulakan dengan gimik perasmian "RODA IMPIAN" yang dikendalikan oleh beberapa pelajar tingkatan 4 dibawah bimbingan Pn Norazalina. Antara aktiviti sepanjang Minggu Teknik dan Vokasional ialah, pertandingan eksplorasi pelaburan, pertandingan jahitan, jigsaw puzzle dan banyak lagi.