PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA & PELANCARAN NILAM


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tangkak, telah melancarkan program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) pada 4 April, bertempat di dataran foyer A, jam 7.30 pagi hinga 8.10 pagi. Program KM1M ini telah dilancarkan bersama dengan pelancaran Program Nilam.  Yang berusaha, Tuan Haji Syed Yusof bin Syed Omar telah merasmikan Program KM1M, diikuti oleh bacaan ringkasan buku oleh adik shamimi dan diakhiri dengan nyanyian lagu nilam sempena pelancaran proram nilam peringkat sekolah.

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.

Program KM1M 2016 akan diadakan selama 3 hari iaitu 4 hingga 6 April 2016 dengan Tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“. Majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan  akan diadakan pada 4 April 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor.

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid



Pelancaran Program NILAM


Pelancaran KM1M oleh Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar.
Bacaan ulasan buku





Pn. Fatin Amalina, guru NILAM,  memberi ucapan