SEMINAR PERANCANGAN KEWANGAN

Pada hari rabu 30.3.2019, Kelab Pelaburan Bijak telah menganjurkan Seminar Perancangan Kewangan.  Aktiviti ini dijalankan bertepatan dengan aktiviti kokurikulum kelab dan persatuan. Kumpulan sasaran bagi aktiviti ini ialah seramai 250 orang ahli kelab dan pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

Tetamu jemputan yan menyampaikan seminar ialah pegawai daripada ASNB Batu Pahat. Beliau menyampaikan modul satu berkaitan cara-cara mengawal kewangan, merancang kewangan, persediaan masa hadapan dan tempat yang sesuai untuk menyimpan wang.

Seminar seperti ini sangat berguna kerana pelajar perlu bijak merancang kewangan dan ianya juga berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini merupakan salah satu cara mendidik pelajar supaya berjimat cermat, dan juga dapat menyedarkan pelajar tentang keperluan masa hadapan. Pelajar juga boleh membezakan antara keperluan dan kehendak.

sesi soal jawab dan kuiz

sesi taklimat