KEJAYAAN LAGI......

Pelajar pendidikan Khas, Muhd zahidi telah berjaya merangkul hadiah tempat pertama dan kedua dalam acara MSSJ Pendidikan Khas.  Kejayaan ini telah melayakkan zahidi untuk mewakili Johor dalam MSSM.

TAHNIAH, diucapakn!. hadiah telah disampaikan oleh Tn Hj Ithnin bin Yusof, GPK kurikulum, semasa perhimpunan mingguan.

Sementara itu dalam pertadingan kuiz Bahasa Cina, wakil sekolah kami iaitu Low Ji Yi telah meraih tempat  kedua. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada peserta.


UPKK 2

Ujian Penilaian Kurikulum akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh:  24 - 26 April 2016

Hari :  Ahad - Selasa

selamat maju jaya kepada semua.

*Dapatkan jadual PK2 di sini*

TAHNIAH ....TAHNIAH.... TAHNIAH

Minggu Bahasa Inggeris peringat daerah Tangkak telah diadaan dibeberapa lokasi seluruh daerah. sekolah kami telah menyertai pertandingan koir, scrable dan perbahasan bahasa Inggeris.

TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta yang mewkili sekolah. Wakil sekolah telah berjaya merangkul :
                            2nd runner scrable
                            3rd prisze debate

Wakil sekolah yang terlibat ialah Vilashini, Low Ji Yie, Mohd Hanif, Umairah dan Loges. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing yang terlibat Pn Vimala Nathan, Pn Sankalah  Sundararaju, Pn Malathy, Pn Fatin Amalina.

Peserta scrable bersama guru pembimbing dan pengiring

Peserta 'debate' bersama guru pembimbing

Peserta debate dan barisan pelapis


PENETAPAN TARGET PT3 DAN SPM



Pada 10.4.2016, pihak sekolah telah menjemput ibu bapa pelajar yang akan menduduki PT3 dan SPM untuk sama-sama menghadiri majlis Penetapan Target PT3 dan SPM.  Tujuannya untuk melihat sasaran dan penetapan target pada tahun 2016.  Penglibatan ibu bapa pelajar dan guru sangat membantu dalam mencapai realisasi kecemerlangan.  Semoga kerjasama semua pihak dapat meningkatkan pencapaian akademik anak-anak SEMESTA.







Kehadiran ibu bapa


Ibun bapa dan jamuan





PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA & PELANCARAN NILAM


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tangkak, telah melancarkan program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) pada 4 April, bertempat di dataran foyer A, jam 7.30 pagi hinga 8.10 pagi. Program KM1M ini telah dilancarkan bersama dengan pelancaran Program Nilam.  Yang berusaha, Tuan Haji Syed Yusof bin Syed Omar telah merasmikan Program KM1M, diikuti oleh bacaan ringkasan buku oleh adik shamimi dan diakhiri dengan nyanyian lagu nilam sempena pelancaran proram nilam peringkat sekolah.

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.

Program KM1M 2016 akan diadakan selama 3 hari iaitu 4 hingga 6 April 2016 dengan Tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“. Majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan  akan diadakan pada 4 April 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor.

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid



Pelancaran Program NILAM


Pelancaran KM1M oleh Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar.
Bacaan ulasan buku





Pn. Fatin Amalina, guru NILAM,  memberi ucapan

MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Minggu Teknik dan Vokasional telah dilancarkan pada 4.6.2016.  Majlis ini telah dirasmikan oleh yang berusaha Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua SMK Seri Tangkak.






Majlis ini dimulakan dengan gimik perasmian "RODA IMPIAN" yang dikendalikan oleh beberapa pelajar tingkatan 4 dibawah bimbingan Pn Norazalina. Antara aktiviti sepanjang Minggu Teknik dan Vokasional ialah, pertandingan eksplorasi pelaburan, pertandingan jahitan, jigsaw puzzle dan banyak lagi.