SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2016

Selamat tahun baru diucapkan kepada semua warga sekolah. 
Sesi persekolahan 2016 telah dimulakan dengan perhimpunan mingguan pertama yang dihadiri oleh semua warga sekolah termasuk kakitangan sokongan. Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. Tuan Haji Syed Yusof bin Syed Omar selaku Pengetua SMK Seri Tangkak telah mengetuai bacaan ikrar guru pada pagi ini.

Dalam ucapan pertama ini, Ayahanda Pengetua telah mengumumkan beberapa perubahan pentadbiran yang telah berlaku iaitu GPK HEM yang lama telah bertukar sekolah dan digantikan dengan Pn Norsidah bt Adam, manakala En. Azemee bin Sulaiman telah dilantik sebagai GPK Kokurikulum. Bagi jawatan Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan, Pn Napisah bt Muda. telah diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas berkenaan. Tahniah diucapkan.
Amanat awal tahun dari Tn. Hj Syed Yusof bin Syed Omar, Ayahanda Pengetua SMK Seri Tangkak