PERATURAN SEKOLAH

Hasil daripada mesyuarat disiplin SMK Seri Tangkak, pihak sekolah telah memutuskan beberapa perkara seperti berikut:

HASIL PERBINCANGAN MESYUARAT DISIPLIN  13 JANUARI 2016

1. Pelajar yang membawa kenderaan sendiri  dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan sekolah dengan mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh lembaga disiplin sekolah.

2.Masalah kekurangan kerusi meja  di bilik darjah akan diatasi secepat mungkin. Unit peralatan akan memohon sumbangan daripada PIBG bagi menampung perbelanjaan.

3. Semua meja di bilik darjah harus dibalut dengan alas meja dan plastik. Guru kelas diminta untuk bertindak.

4. Gotong royong perdana akan diadakan dalam jangka masa terdekat.

5. Pengetua minta guru-guru peka terhadap kelas ganti masing-masing supaya tidak berlaku kes pergaduhan.

6. Semua pelajar diwajibkan beratur di Foyer A (menengah atas) dan Foyer B (menengah rendah) selepas waktu rehat. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas tanpa guru.

7. Satu perjumpaan antara pelajar baru (yang bermasalah) dengan Pegawai Perhubungan Polis akan diadakan untuk mengawal masalah disiplin pelajar.

8. Pelajar yang ponteng sekolah akan diambil tindakan tegas.

9. Pelajar yang sakit dan ingin balik rumah perlu memaklumkan kepada pihak pejabat.pihak pejabat akan menghubungi Ibu Bapa.

10. Pelajar yang mendapat pelepasan cuti, Ibu bapa mereka harus berurusan dengan GPK Hem untuk memohon cuti. Ibu bapa perlu mengisi borang permohonan cuti.

11. Penggunaan pas keluar kelas akan diamalkan untuk mengurangkan kes ponteng kelas.

12. Maklumat terkini sekolah akan dipaparkan di blog sekolah supaya ibu bapa maklum tentang perjalanan sekolah.



Disediakan oleh
……………………………………………
MALATHY A/P VELAYATHAM
SETIAUSAHA  LEMBAGA DISIPLIN
SMK SERI TANGKAK