SEJARAH SEKOLAH


LATAR BELAKANG SMK SERI TANGKAK
     Dalam perancangan awal tanah seluas 80 ekar adalah untuk pembinaan tapak baru Maktab Perguruan Mohd Khalid. Sekolah ini dirancang pembinaannya pada tahun 1995 yang bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di kawasan bandar Tangkak dan kawasan yang berhampiran. Pada masa itu di bandar Tangkak hanya terdapat dua buah sekolah menengah iaitu SMK Tun Mamat dan SMK Ledang. Pertambahan bilangan pelajar terus meningkat dari setahun ke setahun sejajar dengan pertambahan bilangan penduduk.  Pada masa itu, kedua-dua buah sekolah beroperasi dalam dua sesi dan bilangan pelajar melebihi 3,600 orang.
     SMK Seri Tangkak dibina di atas tapak seluas 15 ekar yang beralamat SMK Seri Tangkak (JEA5040), Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Johor. SMK Seri Tangkak mula dibina pada 28.8.2000 dan siap pembinaannya pada 28.8.2001. penyerahan premis ini telah dilakukan pada 13.12.2001 kepada JPN Johor dan mula beroperasi pada 1.1.2002. 

SEJARAH PENGETUA
TAHUN
PENGETUA
2002
TN HJ AHMAD BIN OTHMAN
 2002
TN HJ MAAROF BIN SARMAN
 2002
 PN HJH KHAMIDAH BT ZAINAL
 2004
 PN HJH FATIMAH BT DATO' SAIRAN
 2006
 TN HJ BAHREN BIN OSMAN
 2010
 2013
 TN HJ KASSIM BIN MAHADI
 PN HJH ROHANA BINTI MAHBAT