KATA ALU-ALUAN PENGETUA




KATA  ALU-ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

            Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya merakamkan kata-kata di dalam laman web sekolah.  Tahniah kepada jawatankuasa Unit Pembangunan ICT merangkap administrator, editor dan semua pihak yang berjaya membina laman web ini.

        Laman web ini  merupakan berita dan dokumentasi yang memuatkan segala kejayaan, memori, nostalgia dan peristiwa persekolahan sepanjang tahun.  Dengan terbinanya laman web ini, segala kejayaan yang telah dicapai dapat dijadikan dorongan bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang selari dengan visi Semesta “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”.  Kejayaan membina laman web ini adalah melalui gandingan kemahiran guru dan murid dalam bidang multimedia dan ICT yang dapat menjadikan laman ini lebih menarik dari segi paparan, kualiti, gambar serta persembahan.
             Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi kepada ahli jawatankuasa, pembinaan laman web yang menjadi kebanggaan seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tangkak.

Sekian,terima kasih,

Bersama Mencipta Kecemerlangan.

……………………………….
(PN. HJH. ROHANA BINTI  MAHBAT)
Pengetua,
SMK Seri Tangkak.