SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah telah diadakan dengan begitu meriah sekali.  Majlis dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu  Dato' Goh Tee Tee.  Terima kasih kepada Ayu Catering yang menyediakan makanan yang lazat serta persiapan tempat yang menarik.  Sambutan ini telah dapat mewujudkan silaturahim antara kaum dalam kalangan warga sekolah.  Kerjasama warga semesta menyediakan persiapan pentas, latihan tarian dan sama-sama hadir meraikan dan memeriahkan lagi majlis.