Tetamu kehormat Ketua Polis Daerah Tangkak, PPD Tangkak, YDP PIBG |
Pelajar dan guru bersama PPD dan PDRM |
Program Jom Ke Sekolah telah diadakan pada 5 Februari 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tangkak. sekolah kami terpilih untuk pelancaran di peringkat daerah Tangkak. Program ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Mahmud bin Sarlan, Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak. Program ini merupakan program kerjasama antara PDRM dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan diadakan serentak di seluruh negara pada 5&6 Februari 2017.
Program dimulakan dengan nyayian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku dan lagu sekolah. Bacaan doa dipimpin oleh ustaz Azemee bin Sulaiman. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Tuan Haji Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua sekolah, perutusan Polis Diraja Malaysia oleh SUPT Mohd Idris bin Samuri, Ketua Polis Daerah Tangkak dan seterusnya Tuan Haji Mahmud bin Sarlan, Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak telah membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan merasmikan program ini.