PENETAPAN TARGET SPM 2107

Terima kasih ibu bapa yang memberi kerjasama...semoga anak didik kami dan anak tuan/puan mencapai kejayaan yang cemerlang serta menjadi insan berguna......












Tahniah.....pasukan bola keranjang

Guru pengiring dan jurulatih bersama wakil sekolah


Pasukan Bola Keranjang SEMESTA berjaya meraih tempat ke-3 MSSD Tangkak.


Sambutan Maulidul Rasul


Sambutan Maulidul Rasul sekolah kami telah diadakan di Foyer B.  Aturcara majlis dimulai dengan perarakan, bacaan doa, bacaan Al-Quran, persembahan nasyid, ucapan pengetua dan ceramah oleh Kadhi daerah Tangkak.













Tahniah...pasukan skuasy....


Pasukan skuasy SMK Seri Tangkak telah menjadi juara keseluruhan daerah Tangkak.....Tahniah diucapkan....


LATIHAN SUKAN & SUKANTARA

PENGUMUMAN!

Untuk makluman ibu/bapa/penjaga pelajar SMK Seri Tangkak.......

Latihan sukan dan acara sukantara akan diadakan pada setiap petang  ( 6-8 Februari 2017)

Latihan sukantara pada (7.2.2107), selasa, dibatalkan kerana hujan. 

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Tetamu kehormat Ketua Polis Daerah Tangkak, PPD Tangkak, YDP PIBG

Pelajar dan guru bersama PPD dan PDRM


Program Jom Ke Sekolah telah diadakan pada 5 Februari 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tangkak. sekolah kami terpilih untuk pelancaran di peringkat daerah Tangkak. Program ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Mahmud bin Sarlan, Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak. Program ini merupakan program kerjasama antara PDRM dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan diadakan serentak di seluruh negara pada 5&6 Februari 2017.

Program dimulakan dengan nyayian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku dan lagu sekolah. Bacaan doa dipimpin oleh ustaz Azemee bin Sulaiman.  Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Tuan Haji Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua sekolah, perutusan Polis Diraja Malaysia oleh SUPT Mohd Idris bin Samuri, Ketua Polis Daerah Tangkak dan seterusnya Tuan Haji Mahmud bin Sarlan, Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak telah membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan merasmikan program ini.