KELAS TAMBAHAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Untuk pengetahuan semua, semasa cuti sekolah (27.5.2016 hingga 11.6.2016), kelas tambahan akan diadakan bagi pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.  Kelas akan diadakan seperti ketetapan berikut:

MASA: 7.30 - 12.30
TARIKH: 27- 29.5.2016 
TEMPAT: KELAS


Jadual

Surat pemberitahuan



PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016





SILA RUJUK JADUAL PEPERIKSAAN DI SINI




KURSUS KEPIMPINAN

Kursus Kepimpinan pemimpin sekolah akan diadakan di Kem Lagenda Gunung Ledang pada 4-5 Mei 2016. Kursus ini merupakan kemunccak kepada kursus kepimpinan yang di adakan pada peringkat dalaman. Antara pelajar yang terplih ialah 20 orang pengawas, 10 orang ahli pusat sumber dan 10 orang pembimbing rakan sebaya.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH

Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah akan berlangsung pada hari RABU 4 MEI 2016. Semua badan beruniform akan menghantar wakil menyertai pertandingan kawad kaki.

PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH...

Pelancaran kempen anti dadah telah berlangsung pada hari Isnin, 2 Mei 2016.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu bangsa Johor dan lagu sekolah.  Seterusnya ucapan oleh Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua SMK Seri Tangkak, dan bacaan perutusan sempena kempen anti dadah.  Majlis telah dirasmikan oleh Sarjan Yusrie Michael bin Abdullah, pegawai polis bahagian nakotik IPD Tangkak. Acara seterusnya iala bacaan ikrar anti dadah, nyanyian lagu anti dadah dan nyanyian lagu sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena minggu anti dadah peringkat sekolah, antaranya ceramah kesihatan (AIDS/HIV) oleh pegawai kesihatan, ceramah dari AADK, ceramah oleh PENGASIH, ceramah oleh pegawai penjara dan ceramah oleh pusat serenti.