SEMINAR PERANCANGAN KEWANGAN

Pada hari rabu 30.3.2019, Kelab Pelaburan Bijak telah menganjurkan Seminar Perancangan Kewangan.  Aktiviti ini dijalankan bertepatan dengan aktiviti kokurikulum kelab dan persatuan. Kumpulan sasaran bagi aktiviti ini ialah seramai 250 orang ahli kelab dan pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

Tetamu jemputan yan menyampaikan seminar ialah pegawai daripada ASNB Batu Pahat. Beliau menyampaikan modul satu berkaitan cara-cara mengawal kewangan, merancang kewangan, persediaan masa hadapan dan tempat yang sesuai untuk menyimpan wang.

Seminar seperti ini sangat berguna kerana pelajar perlu bijak merancang kewangan dan ianya juga berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini merupakan salah satu cara mendidik pelajar supaya berjimat cermat, dan juga dapat menyedarkan pelajar tentang keperluan masa hadapan. Pelajar juga boleh membezakan antara keperluan dan kehendak.

sesi soal jawab dan kuiz

sesi taklimat


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2015

Majlis anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agong PIBG SMK Seri Tangkak telah diadakan pada hari Ahad, 27.3.2016.  Majlis ini dirasmikan oleh, YB Datuk Ir Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.


Pengetua mempengerusikan mesyuarat Agong PIBG

Ibu bapa yang hadir bersama guru



Cabutan bertuah 


WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PRS

Watikah pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan.


Barisan pengurusan bersama tetamu dan YDP PIBG



Penyampaian watikah

Penyampaian watikah

Bacaan ikrar diketuai oleh Nurhidayah zaibidin (Ketua Pengawas)


Bacaan Ikrar Pengawas

Bacaan Ikrar PRS

Bacaan ikrar Pengawas Pusat sumber

GOTONG ROYONG PERDANA



Gotong royong perdana telah diadakan pada hari sabtu, 27.2.2016 jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Penglibatan semua staff sekolah telah dapat memupuk semangat kerjasama dan juga perasaan sayang dan cintakan sekolah.  Gotong royong kali ini  tertumpu pada bahagian luar bilik darjah dan sekitar sekolah.

Antara aktiviti gotong royong ialah, menebang pokok, mengecat batu dan line kuning, membersihkan kawasan sekolah dan jamuan.

Terima kasih kepada PIBG sekolah yang sama-sama menjayakan program gotong royong perdana dan menaja makan tengahari.  Setinggi penghargaan kepad En Mohammad Nor, Pengerusi PIBG sekolah dan juga AJK PIBG yg sama-sama menyumbang idea dan tenaga.


Pengerusi PIBG



Guru-guru mengecat tembok


AJK PIBG, Pn Rohana bersam guru sekolah