Penilaiam Kurikulum 1 akan diadakan pada:
MENENGAH RENDAH ( 28.2.2016 HINGGA 1.3.2016)
MENENGAH ATAS (28.2.2016 HINGGA 3.3.2016)
Berikut adalah jadual PENILAIAN KURIKULUM 1 sila klik jadual
*TIPS PEPERIKSAAN
1.
|
Datanglah
dengan bersedia dan lebih awal
|
Bawalah
semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam
(tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu
anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
|
|
2.
|
Tenang dan
percayakan diri sendiri
|
Ingatkan
diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan
baik.
|
|
3.
|
Bersantailah
tapi berhati-hati
|
Pastikan
meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk
dalam keadaan menegak.
|
|
4.
|
Preview
soalan-soalan terlebih dahulu
|
Luangkan
10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara
mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang
diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan
yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan,
catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
|
|
5.
|
Jawab soalan
secara strategik
|
Mulakan
dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan
yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab
adalah:
§ soalan paling sukar,
§ yang memerlukan masa yang panjang untuk
menulis jawapannya,
§ mempunyai markah sedikit .
|
|
6.
|
Semasa
menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
|
Mula-mula,
abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak
ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan
jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya
betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda
lakukan.
|
|
7.
|
Semasa
menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
|
Buat
rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa
idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan
yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
|
|
8.
|
Semasa
menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
|
Tulis
frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan
esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama
secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau
petikan dari buku atau media lain jika perlu.
|
|
9.
|
Bahagikan 10%
waktu anda untuk memeriksan jawapan
|
Periksa
jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah
anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan.
Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan
tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya
salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda
yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
|
|
10.
|
Analisa
jawapan anda
|
11.
|
Setiap
peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan
berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi
mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya
ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
Berdoa dan
bertawakkal kepada ALLAH S.W.T
#SELAMAT MENJAWAB
|