Pelajar SMK Seri Tangkak sentiasa menyahut cabaran dalam menghadapi pendidikan masa kini. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan pada peringkat daerah disertai oleh pelajar kami dan membuahkan hasil. Walaupaun bukan sebagai juara...tapi kami terus mendidik dan membimbang anak didik kami supaya berani menghadapi cabaran dan mencuba seberapa banyak peluang yang ada......Tahniah dan syabas....kerana berani mencuba.
Setiap hari Rabu pelajar menjalankan aktiviti kokurikulum dengan pelbagai aktiviti, antaranya pengenalan dan teori berkaitan unit beruniform, kawad kaki, ikatan dan pertolongan cemas dan asas perkhemahan. Aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform diadakan berselang seli setiap minggu.
Guru sekolah ini sentiasa proaktif dan menyahut cabaran abad ke-21. Oleh itu, latihan dalam perkhidmatan sentiasa dittikberatkan dimana guru-guru diberi pendedahan dalam Virtual learning Environment (VLE). Latihan berterusan ini akan terus diadakan sepanjang tahun......