Kejohanan merentas desa daerah Tangkak




Antara wakil sekolah yang berjaya, dari kiri Chris, Pravin dan Navin
Tahniah diucapkan kepada peserta sekolah yang berjaya merangkul kejayaan dan akan mewakili MSSD Tangkak dalam kejohanan Merentas Desa MSSJ di Segamat pada 15-16 Februari 2017.

PENGUMUMAN

Untuk makluman ibu/bapa/penjaga pelajar SMK Seri Tangkak.......

Acara sukantara pada petang ini (23.1.2017)/Isnin dibatalkan disebabkan faktor cuaca. Hujan yang turun lebat sejak pagi menyebabkan padang berair dan tidak sesuai untuk aktiviti tersebut.  Aktiviti ini akan digantikan pada masa yang akan ditetapkan kemudian.

Pelajar dibenarkan pulang seperti biasa bermula jam 2.00 petang.

Klik jadual sukantara

sekian, untuk makluman.

MAJLIS PERPISAHAN TN. HAJI ITHNIN BIN MUHAMMAD@YUSOF

Satu majlis ringkas telah diadakan pada hari khamis 19.1.2017 untuk meraikan Tn. Hj Ithnin bin Yusof yang telah dinaikkan pangkat menjadi pengetua di STTA. Majlis diadakan secara ringkas dan sederhana di foyer A.  pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan semoga terus maju jaya dalam bidang perguruan.....TAHNIAH diucapkan sekali lagi.