PELANCARAN BULETIN BIJAK

Pada 22 Oktober 2015, sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SEMESTA, Kelab Pelaburan Bijak telah melancarkan Buletin Bijak Volume 1/2015.  Buletin ini mengandungi dokumentasi pelbagai aktiviti sepanjang tahun dan juga maklumat-maklumat berkaitan perancangan kewangan dan pelaburan. buletin ini merupakan julung kalinya diterbitkan semenjak Kelab pelaburan Bijak ditubuhkan pada tahun 2006.


Majlis pelancaran Buletin oleh En Mansur bin Hatta, pengurus ASNB Batu Pahat.












Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kualiti 2015

Pada 22 Oktober 2015, sekolah kami telah mengadakan Majlis Anugerah kecemerlangan dan Hari Kualiti 2015.  Majlis ini bertujuan untuk menghargai segala usaha dan tenaga yang dicurahkan oleh warga SEMESTA. Antara anugerah yang diberikan adalah anugerah panitia terbaik, anugerah aktiviti luar, anugerah pencapaian ademik, nugerah kokurikulum dan anuerah khas. Penyampaian hadiah disampaikan oleh pengetua, pengurus ASNB (wakil komuniti) dan juga Pengerusi PIBG SEMESTA.


Ucapan daripada Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua, SMK Seri Tangkak dan ucapan  perasmi En Mansur bin Hatta, dari ASNB Batu Pahat.



Penyampaian anugerah semua kategori.

Persembahan pelajar iaitu tarian kaum asli...
Persembahan orkestra

HARI SUKAN NEGARA

PADA 10.10.2015, sekolah kami telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sukan.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah bola jaring, bola tampar, senamrobik, hoki dan permainan tradisional. Majlis penyampaian hadiah di adakan di foyer B.