PENDAFTARAN PELAJAR PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 2016

Pendaftaran pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 pada 31 Disember 2015.  Ibu bapa dan pelajar baru telah diberikan taklimat oleh Ayahanda Pengetua SMK Seri Tangkak, Tn. Hj. Syed Yusof bin Syed Omar dan barisan pentadbir tentang peraturan sekolah. 
Selesai taklimat, sesi pendaftaran kelas dijalankan di Foyer B.





Amanat dari Tn. Hj. Syed Yusof bin Syed Omar, Pengetua SMK Seri Tangkak

Pendaftaran pelajar mengikut kelas





PENDAFTARAN DAN PEMBELIAN BUKU BAGI PELAJAR TINGKATAN 2, 3 DAN 5 2016


Pada 30 Disember 2015, semua pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 kembali semula ke SMK Seri Tangkak untuk pendaftaran dan pembelian buku untuk sesi persekolahan 2016.  
Perhimpunan di Foyer B dimulakan dengan penyampaian amanat dari Ayahanda Pengetua, Tn. Hj. Syed Yusof bin Syed Omar.  
Selesai majlis di Foyer B, pelajar bergerak ke kelas masing-masing bersama guru tingkatan. 
Di dalam kelas, pelajar mula mengemas kelas bagi persediaan untuk memulakan sesi persekolahan 2016.
 



Bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azemee bin Sulaiman

Taklimat Kurikulum oleh Tn. Hj. Ithnin bin Yusof, GPK Pentadbiran SMK Seri Tangkak

Taklimat Kokurikulum oleh En. Azemee bin Sulaiman, GPK Kokurikulum SMK Seri Tangkak
 
Taklimat Hal Ehwal Murid oleh Pn. Norsidah binti Adam, GPK Hal Ehwal Murid SMK Seri Tangkak

Amanat dr Ayahanda Pengetua, Tn. Hj. Syed Yusof bin Syed Omar

Amanat dr Ayahanda Pengetua, Tn. Hj. Syed Yusof bin Syed Omar

Pelajar mengemas kelas masing-masing

Pelajar mengemas kelas masing-masing



 
Pembelian keperluan persekolahan di koperasi sekolah

Pembelian keperluan persekolahan di koperasi sekolah


PENGUMUMAN KEPUTUSAN PT3 2015


Pada 14 Disember 2015, keputusan PT3 telah diumumkan. 
Majlis penyampaian sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, Pengetua SMK Seri Tangkak. 
TAHNIAH diucapkan kepada yang berjaya.
Kepada yang kurang berjaya, teruskan usaha anda dalam peperiksaan SPM 2017.


Ucapan dari Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, Pengetua SMK Seri Tangkak.

Ucapan dari Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, Pengetua SMK Seri Tangkak.

Pelajar Cemerlang PT3 (9A 1B)









Pelajar mengambil keputusan dari guru kelas masing-masing

Pelajar mengambil keputusan dari guru kelas masing-masing

Pelajar mengambil keputusan dari guru kelas masing-masing

SENARAI NAMA MENGIKUT KELAS 2016

SENARAI NAMA TINGKATAN 2 & 3 TAHUN 2016

Selamat bercuti daripada warga SEMESTA

19.11.2015 hari terakhir sesi persekolahan 2015...Yehaaaaa... Semua pelajar dan guru yang hadir berkumpul di Foyer B untuk mendengar taklimat dan pesanan Tn Hj Yusof bin Hj Omar, pengetua SMK Seri Tangkak. Selesai taklimat semua pelajar bersalaman dengan guru untuk mengucapkan selamat bercuti. Cara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama warga SEMESTA. Semoga tahun hadapan kita berjumpa lagi.








Ribut di SEMESTA

Pada 31 Oktober 2015, ribut melanda sekolah kami, menyebabkan tumbangnya pokok dan kerosakan bumbung menara.  Syukur kepada Ilahi kerana tiada kecederaan nyawa dilaporkan.  kerja-kerja pembersihan telah dilakukan pada keesokan harinya.




PELANCARAN BULETIN BIJAK

Pada 22 Oktober 2015, sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SEMESTA, Kelab Pelaburan Bijak telah melancarkan Buletin Bijak Volume 1/2015.  Buletin ini mengandungi dokumentasi pelbagai aktiviti sepanjang tahun dan juga maklumat-maklumat berkaitan perancangan kewangan dan pelaburan. buletin ini merupakan julung kalinya diterbitkan semenjak Kelab pelaburan Bijak ditubuhkan pada tahun 2006.


Majlis pelancaran Buletin oleh En Mansur bin Hatta, pengurus ASNB Batu Pahat.












Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kualiti 2015

Pada 22 Oktober 2015, sekolah kami telah mengadakan Majlis Anugerah kecemerlangan dan Hari Kualiti 2015.  Majlis ini bertujuan untuk menghargai segala usaha dan tenaga yang dicurahkan oleh warga SEMESTA. Antara anugerah yang diberikan adalah anugerah panitia terbaik, anugerah aktiviti luar, anugerah pencapaian ademik, nugerah kokurikulum dan anuerah khas. Penyampaian hadiah disampaikan oleh pengetua, pengurus ASNB (wakil komuniti) dan juga Pengerusi PIBG SEMESTA.


Ucapan daripada Tn Hj Syed Yusof bin Syed Omar, pengetua, SMK Seri Tangkak dan ucapan  perasmi En Mansur bin Hatta, dari ASNB Batu Pahat.



Penyampaian anugerah semua kategori.

Persembahan pelajar iaitu tarian kaum asli...
Persembahan orkestra